XIAOMI Mi 10
XIAOMI Mi 10
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR peranti pintar, Xiaomi semakin mengukuh jenama syarikat itu apabila melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu Mi 10 di China, minggu lalu.

Siri berkenaan menggunakan pemproses generasi baru keluaran Qualcomm Snapdragon 865 dan berdasarkan laman web pengkaji peranti pintar, DXOMark meletakkan markah tertinggi untuk peranti berkenaan iaitu 124 mata mengatasi beberapa jenama besar yang lain.

Peranti berkenaan turut didatangkan dengan sokongan pengecas paling pantas di dunia iaitu 20W pengecas tanpa wayar dan 10W untuk pengecar berbalik.

Mi 10 juga dilengkapi dengan sokongan sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) 6 dan bersama didatangkan pengecas konvensional 65W.

Menyentuh aspek spesifikasi, peranti itu menggunakan padanan memori (RAM) 8GB dan 12GB berdasarkan variasi pilihan pengguna di samping rekaan pemproses terkini, 7nm.

Skrin Mi 10 berkeluasan 6.67 inci menggunakan panel paparan Super AMOLED dan dilengkapi dengan pelindung Corning Gorilla Glass 5.

Telefon pintar berkenaan menggunakan tetapan empat kamera iaitu 108MP untuk sudut lebar bersama sensor PDAF dan OIS, lensa kedua berkeupayaan 13MP sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.

Spesifikasi

Pemproses: Snapdragon 865

RAM: 8GB / 12GB

Storan: 128GB / 256GB

Kapasiti bateri: 4,780mAh

Kamera : 108MP + 13MP + 2MP + 2MP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 5:10 PM