P60 Pro.
P60 Pro.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Sebut saja peranti mudahalih dengan kuasa fotografi, maka Huawei siri P adalah jawapannya dan terbaru, peranti kelas mercu terbaharu mereka menjadi 'raja' baharu bagi penilaian DXOMark selepas memperoleh markah 156 mata.

  Huawei menerusi peranti baharu mereka iaitu P60 Pro menepati ramalan apabila menjadi raja baharu dalam kamera peranti mudahalih dan untuk rekod, Huawei siri P sememangnya menampilkan keupayaan kamera mengagumkan.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, Huawei P60 Pro ini menggunakan saiz skrin 6.67 inci dengan paparan LTPO OLED bersama kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1220 x 2700.

  Sesuai dengan peranti kelas mercu, Huawei P60 Pro ini menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 4G bersama binaan 4nm bersama-sama penggunaan unit pemproses grafik (GPU) Adreno 730.

  Peranti ini menggunakan padanan memori (RAM) 8GB atau 12GB LPDDR5 bersama storan 256GB atau 512GB UFS 3.1.

  Fokus utama tentulah tetapan lensa untuk Huawei P60 Pro ini apabla menggunaan tiga lensa utama berkeupayaan 48 megapiksel (MP), 13MP lensa sudut ultra lebar dan 48MP telefoto.

  Untuk kefungsian tambahan, peranti ini menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin bersama pembesar suara stereo dan menggunakan sistem operasi EMUI 13.1.

  Peranti ini juga didatangkan dengan kapasiti bateri 4,815mAh bersama pengecas pantas 88W sekali gus memudahkan pengguna.

  

Spesifikasi

Pemproses: Snapdragon 8+ Gen 1

RAM: 8GB / 12GB

Storan: 256GB / 512GB

Kamera: 48MP (lensa utama) + 12MP (sudut ultra lebar) + 48MP (telefoto)

Bateri: 4815mAh

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 10:22 PM