Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022, pelanggan baharu Digi mahupun sedia ada berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik
Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022, pelanggan baharu Digi mahupun sedia ada berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan Juara Internet Sinaranku, promosi eksklusif sempena Ramadan dan Aidilfitri yang menawarkan penjimatan serta rebat hebat untuk Digi Prepaid, Postpaid, Fibre dan telefon pintar.

Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022, pelanggan baharu Digi mahupun sedia ada berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik yang dapat membantu menambah baik gaya hidup digital mereka selain daripada kekal berhubung ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang penuh bermakna bersama keluarga serta rakan taulan.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, keadaan di Malaysia yang kini memasuki fasa endemik mendorong pihaknya untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia kekal berhubung dengan pelbagai perkara yang bermakna.

"Mengambil semangat saling memberi yang sinonim dengan Ramadan dan Syawal, kempen Juara Internet Sinaranku adalah inisiatif kami dalam membawakan tawaran terbaik Digi kepada masyarakat, dalam usaha membantu mereka mengukuhkan atau menghidupkan semula hubungan yang mungkin terputus ketika pandemik ini di samping menikmati tawaran yang berbaloi," katanya dalam kenyataan.

Untuk Digi Prepaid, pelanggan baharu yang bertukar ke Digi Prepaid dengan pelan Internet NEXT 35 boleh menikmati tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi secara percuma selama 12 bulan , di samping Sosial Tanpa Had dan kuota hotspot ekstra yang didatangkan dengan ciri pembaharuan automatik.

Bagi Digi Postpaid, pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke mana-mana pelan Digi Postpaid akan mendapat 10GB Internet ekstra selama 12 bulan.

Mereka yang melanggan Digi Postpaid 90, 120 atau 150 juga dapat menikmati rebat RM15 sebulan selama 12 bulan.

Bagi Digi Fibre, pelanggan masih boleh menikmati tawaran sebanyak RM100 sebulan untuk Internet tanpa had hingga 300Mbps apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

Eksklusif untuk promosi Juara Internet Sinaranku, pelanggan boleh menaik taraf ke 500Mbps dengan hanya menambah RM30 sebulan.

Selain itu, sempena Ramadan, pelanggan Digi Prepaid dan Postpaid boleh menikmati kuota Internet sebanyak 444GB pada hanya RM7 melalui Digi Sahur Pass.

Ia boleh digunakan selama tujuh hari untuk penggunaan Internet antara jam 3 pagi hingga 7 pagi.

Pelanggan juga boleh membeli lebih banyak Sahur Pass dan menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 8:00 AM