DIGI Telecommunications Sdn. Bhd. FOTO arkib NSTP
DIGI Telecommunications Sdn. Bhd. FOTO arkib NSTP
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan lebih ramai isi rumah di Malaysia kekal berhubung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 , Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melanjutkan promosi Digi Fibre 150 (DF150) sehingga 31 Julai 2021.

Digi dalam kenyataan berkata, DF150 menawarkan pelanggan nilai penjimatan yang hebat dengan data tanpa had bersama kelajuan tinggi 300Mbps serendah RM100 sebulan, apabila digabungkan dengan pelan Digi Postpaid yang layak.

Katanya, promosi masa terhad ini juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menggabungkan akaun pascabayar dan Fibre di dalam satu bil bagi memudahkan pengurusan komitmen dan bayaran bulanan mereka.

"DF150 adalah pilihan yang ideal buat isi rumah sederhana (empat orang ahli keluarga) untuk memenuhi keperluan bekerja, belajar dan berhibur dari rumah.

"Dengan kelajuan yang konsisten dan sangat pantas, seluruh isi rumah dapat menikmati pengalaman internet yang lancar tanpa perlu risau tentang kualiti sambungan ketika mereka bekerja secara maya mahupun ketika anak-anak menghadiri kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang ada kala berlangsung serentak," kata kenyataan itu.

Menurut Digi, sepanjang tahun lalu, penggunaan sambungan fiber di rumah meningkat secara mendadak ekoran daripada pandemik Covid-19.

Mengambil maklum akan keperluan pelanggan, Digi sudah memperkenalkan pelbagai tawaran dengan harga mampu milik.

"Pelanggan Digi Postpaid dapat menikmati bayaran pendaftaran terendah untuk pelan Digi Fibre serta rebat antara RM15 hingga RM30 sebulan apabila mereka memilih untuk menggabungkannya dengan pelan Postpaid yang layak.

"Dengan promosi DF150, pelanggan dapat meningkatkan penjimatan sehingga RM50 sebulan," katanya.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar Digi Fibre 150 melalui Digi Store Online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.digi.com.my/shop/broadband/fibre.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 5:53 PM