TAWARAN menarik untuk  pelanggan Digi baharu dan sedia ada.
TAWARAN menarik untuk pelanggan Digi baharu dan sedia ada.

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan Juara Internet Malaysiaku, promosi terbaharu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan datang.

Ia kempen istimewa bertujuan menyatukan rakyat Malaysia melalui sambungan berterusan didatangkan dengan tawaran masa terhad untuk peranti percuma, Internet tambahan dan rebat pelan di samping penjimatan lebih besar buat seluruh rangkaian produk prabayar, pascabayar dan fibre Digi.

Bermula sekarang hingga 30 September 2022, semua pelanggan Digi baharu dan sedia ada boleh menikmati beberapa tawaran menarik termasuk tawaran Pakej PowerJimat dan pelan Postpaid Family Unlimited.

Dengan pelbagai seleksi telefon pintar dan peranti daripada OPPO, Redmi, Samsung, dan vivo, pelanggan boleh mendapatkan peranti bersama pelan pascabayar bersesuaian dengan keperluan digital mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, kempen Juara Internet Malaysiaku menyediakan tawaran dan promosi untuk membantu rakyat Malaysia meraikan bulan patriotik dengan penuh semangat.

"Dalam pada rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian yang harmoni sesama kita bulan ini, Digi berharap dapat membawakan pelbagai tawaran dengan nilai hebat buat pelanggan supaya mereka terus berhubung dengan keluarga dan rakan dalam talian.

"Pada masa sama, atas semangat perpaduan dan kebersamaan, kami mengambil peluang ini untuk menzahirkan penghargaan buat semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap Digi," katanya dalam kenyataan.

Mulai 1 Ogos 2022, pelanggan boleh mendaftar untuk menikmati tawaran menarik ini dengan melayari laman web Digi atau mengunjungi Digi Store terdekat, Digi Store Express atau mana-mana pengedar sah Digi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 7:00 AM