Thrane (kiri) melancarkan pelan baru Digi Postpaid, semalam.
Thrane (kiri) melancarkan pelan baru Digi Postpaid, semalam.

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan pelan pasca bayar Digi yang menawarkan lebih kuota Internet serta mampu untuk memindahkan kuota tidak digunakan untuk dinikmati pada bulan berikutnya kepada pelanggan.

Pelan baru itu yang dikenali sebagai Digi Postpaid bertujuan menambah lebih nilai kepada pelanggan yang mahukan akses Internet dan perkhidmatan digital untuk gaya hidup sosial mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Christian Thrane berkata, pelanggan yang mendaftar untuk pelan Digi Postpaid baru dapat menikmati akses Internet kelajuan tinggi yang konsisten melalui rangkaian 4G LTE paling luas di Malaysia

Beliau berkata, pelanggan juga dapat menikmati tawaran inovatif terkini Digi dalam LTE-Advanced (LTE-A), Suara-melalui-LTE (VoLTE ) dan Voice-over-WiFi (VoWiFi).

“Kami sentiasa mengikut kehendak permintaan pelanggan dengan melaksanakan langkah inovasi memberi perkhidmatan serta produk terbaik kepada mereka.

“Pelan baru ini bukan hanya setakat memberi lebih kuota data Internet, tetapi memberikan pengalaman mereka untuk menikmati Internet dengan kos murah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 6:54 AM