Kakitangan Celcom menunjukkan pelan baharu ditawarkan.
Kakitangan Celcom menunjukkan pelan baharu ditawarkan.

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) menambah baik pelan pascabayar bagi memenuhi pelbagai jenis keperluan internet untuk keluarga pelbagai saiz dengan memberikan kuota internet, pilihan terluas dan pelbagai peranti percuma.

Ia ditawarkan melalui pelan semua dalam satu iaitu pelan Home Fibre dan Pascabayar.

Dengan lebih ramai keluarga Malaysia berinteraksi secara digital antara satu sama lain mengikut

personaliti digital mereka yang unik, minat, keperluan dan keutamaan sambil kekal berhubung, pelanggan juga sentiasa mencari nilai terbaik dan pelan penjimatan buat keluarga mereka.

Disokong oleh liputan rangkaian terluas, Celcom faham akan kebimbangan berkenaan dan telah memperbaharui pelan Pascabayar dan Fibre bagi memenuhi keperluan pelajar, pekerja yang baharu memulakan pekerjaan dan keluarga dengan memberikan nilai terbaik, mengikut kesesuaian keperluan mereka.

Pelan MEGA™ dan Xpax Postpaid™ Celcom telah ditambahbaik untuk memberi lebih banyak pada harga yang lebih murah, dengan memberikan lebih banyak kuota pada harga sama.

Pelan pascabayar MEGA Lightning Family Celcom kini ditambah baik dengan tambahan kuota internet sebanyak 10GB dengan tawaran sehingga enam Talian Keluarga.

Selain itu, dengan minimum dua talian keluarga, pelanggan Celcom MEGA™ Lightning atau MEGA™ Unlimited akan menikmati rebat sebanyak RM20 (diskaun 50 peratus) untuk setiap Talian Keluarga selama enam bulan.

Selain itu, bagi pelan Pascabayar™ Celcom Xpax, ia menawarkan 20GB pada harga sama untuk kuota internet berganda manakala Celcom Xpax Postpaid™ 60 menawarkan 40GB kuota internet berkelajuan tinggi.

Pengguna juga akan memiliki Samsung Galaxy A03 percuma dengan kuota internet tambahan sebanyak 5GB apabila mendaftar.

Mereka juga akan mendapat akses tanpa had untuk YouTube, Instagram, WhatsApp dan Facebook.

Buat pelanggan Celcom yang inginkan Talian Keluarga yang berpatutan serta kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan untuk kediaman, Celcom menawarkan pelan konvergen yang berpatutan dengan internet tanpa had berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps.

Untuk pelan pascabayar dan fiber semua dalam satu, pelanggan bakal menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM191 sebulan.

Ia juga didatangkan dengan enam Talian Keluarga serta Internet Tanpa Had pada harga RM20 untuk setiap talian.

Dalam pada itu, bagi pelanggan yang ingin tukar atau miliki peranti yang terkini, Celcom telah menambahbaik pakej peranti dengan pilihan peranti terbaik serta percuma, termasuk peranti yang menyokong rangkaian 5G.

Tambahan lagi, pelan pascabayar Celcom MEGA™ dengan Talian Keluarga membolehkan pelanggan untuk memiliki peranti 5G kedua secara percuma.

Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Chee Loo Fun berkata, Celcom sentiasa menginovasi produk dan perkhidmatan dengan penawaran mampu milik dengan penjimatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Permintaan terhadap pengalaman internet terus meningkat secara berbeza untuk setiap isi rumah atau individu.

"Celcom sedia maklum perkara ini dan akan menambahbaik pelan pascabayar dengan tawaran yang tiada tandingan.

"Tambahan pula, kami juga menawarkan penjimatan hebat kepada keluarga Malaysia untuk memiliki telefon pintar serba baharu, termasuk peranti terkini yang menyokong rangkaian 5G.

"Keluarga Malaysia dapat memperibadikan gaya hidup dan pengalaman digital mereka yang unik dengan peranti baharu, termasuk kuota internet yang lebih banyak supaya dapat dikongsi bersama seisi keluarga.

"Bagi keluarga yang inginkan kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan, mereka boleh memilih pelan konvergen kami yang memberikan kebaikan dari kedua-dua Home Fibre serta pelan pascabayar, dan kekal terhubung untuk kesemua keperluan digital mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2022 @ 3:15 PM