FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Muhammad Saufi Hassan

Syarikat penyedia telekomunikasi terkemuka Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan kempen JomFibre di seluruh negara.

Ia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap akses Internet berkelajuan tinggi apabila rakyat negara ini terus bekerja dan belajar dari rumah.

Bermula dari sekarang sehingga 30 November depan, kempen ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pelan fiber pantas dan tanpa had Digi dengan nilai penjimatan sehingga RM1,200.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, sebahagian besar rakyat negara ini sudah dapat menyesuaikan diri dengan kaedah kehidupan baharu dan sangat bergantung kepada penggunaan Internet di rumah untuk kekal berhubung.

"Industri secara keseluruhan juga menyaksikan lonjakan dalam penggunaan Internet sejak tahun lalu apabila beberapa perintah pergerakan mendorong lebih ramai rakyat negara ini beralih ke dalam talian.

"Justeru itu, kempen JomFibre ini adalah inisiatif kami untuk terus membawakan Internet berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan kepada lebih banyak isi rumah di semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Menerusi pelan berkenaan, Digi memperkenalkan beberapa pakej antaranya Digi Fibre 150 atau 'DF150' dan tempoh promosi sudah dilanjutkan sehingga 30 November.

Pelan ini menawarkan data tanpa had pada kelajuan tinggi sehingga 300Mbps dan boleh didapati dengan harga serendah RM100 sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

Selain itu, Digi juga memperkenalkan Digi Fibre 190 (DF190) dan DF270 yang masing-masing menawarkan kelajugan 500Mbps dan 800Mbps.

Bagi pelan DF190 boleh dilanggan dengan kadar serendah RM140 dan DF270 pada kadar RM220 sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 9:29 PM