CHONG Wei dan Hafizh melakukan aktiviti berbasikal. FOTO Lee Chong Wei
CHONG Wei dan Hafizh melakukan aktiviti berbasikal. FOTO Lee Chong Wei
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui teruja dapat bertemu bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, hari ini.

Menerusi status terbaru di media sosial miliknya, Chong Wei bertemu Hafizh ketika kedua-duanya sedang melakukan aktiviti berbasikal.

Chong Wei sempat berseloroh apabila berkata tetap gagal menewaskan Hafizh yang pada pandangannya turut laju ketika berbasikal.

"Teruja terjumpa kawan lama @durianman dan @hafizh_syahrin semasa berbasikal pagi tadi. Gembira tengok kawan kawan lama masih fit sihat dan sejahtera.

"Ingat xde Moto, aku bole ikut ko. Mana tahu jauh sgt ditinggalkan sampai tak terhidu bau getah tayar ko," katanya.

Hafizh turut membalas status Chong Wei itu apabila berkata dia pasti tewas jika bertemu bekas pemain nombor satu dunia itu di gelanggang badminton.

"Aiyo Dato jangan macam tu, saya kalau main badminton mau kena smash masuk mulut. Hehe. Dato ajar saya badminton boleh," katanya.

Hafizh bakal beraksi di saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 9:49 PM