Pemain Perancis, Antoine Griezmann (tengah) meraikan kejayaan selepas layak pusingan akhir Euro 2020. FOTO File Reuters
Pemain Perancis, Antoine Griezmann (tengah) meraikan kejayaan selepas layak pusingan akhir Euro 2020. FOTO File Reuters
AFP

PERANCIS berdepan laluan sukar bagi menambah koleksi kejuaraan Kejohanan Eropah selepas juara Piala Dunia itu diundi dalam kumpulan sama berdepan Jerman dan juara bertahan Portugal dalam saingan pusingan akhir Euro 2020 pada undian di Bucharest, awal pagi ini.

Perancis atau Portugal yang diletakkan dalam Balang Satu bagi 24 pasukan yang bertanding di 12 bandaraya sekitar Eropah, menjadi mereka pasukan yang berada dalam kedudukan bahaya sebagai pilihan utama kumpulan.

Dalam kejohanan, di mana mereka diletakkan bersama membabitkan ‘kumpulan maut’ iaitu Kumpulan F yang turut mengandungi Jerman, yang akan beraksi semua perlawanan peringkat kumpulannya di Munich.

Di mana pasukan kendalian Joachim Loew berdepan Perancis dalam perlawanan pertama pada 16 Jun dan Portugal pada 20 Jun.

“Ia kumpulan yang paling sukar, tapi kami harus menerimanya. Ia bermakna kami harus bersedia serta merta,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Kumpulan F akan dilengkapkan dengan salah satu daripada pemenang perlawanan play-off yang berlangsung Mac depan.

Perancis menewaskan Jerman pada saingan separuh akhir Euro 2016 di gelanggang sendiri, sebelum tewas pada final berdepan Portugal.

Dengan tiga pasukan dalam kelompok empat terbaik kejohanan berada dalam kumpulan sama, mustahil jika ketiga-tiga mampu layak ke kelompok 16 terakhir, tetapi Loew tidak meragui kekuatan Perancis dan menyatakan pasukan itu adalah antara terkuat - meneruskan kejayaan mereka memenangi Euro 2000 selepas Piala Dunia 1998.

“Mereka adalah juara dunia dan bertambah baik untuk tiga atau empat tahun kebelakangan ini. Mereka adalah pasukan pilihan dalam kumpulan.” katanya.

Ronaldo (tengah) sandaran Portugal. FOTO AFP
Ronaldo (tengah) sandaran Portugal. FOTO AFP

Sementara itu, England diundi bersama Croatia dan Republik Czech dalam Kumpulan D, dengan barisan kendalian Gareth Southgate akan beraksi peringkat kumpulan di Wembley, yang merupakan gelanggang Separuh Akhir dan Final pada 12 Julai depan.

Kumpulan berkenaan akan dilengkapkan dengan pasukan yang beraksi pada play-off sama ada Serbia, Norway, Israel dan Scotland.

Itali akan berdepan Turki di Rome dalam perlawanan pembukaan kejohanan pada 12 Jun, dengan Switzerland dan pasukan finalis separuh akhir Euro 2016, Wales juga berada dalam Kumpulan A.

Sepanyol akan berdepan Sweden dan Poland serta pemenang play-off bagi Kumpulan E, dengan skuad kendalian Luis Enrique beraksi di Bilbao.

Finland yang beraksi buat pertama kali pada Euro kali ini akan berhadapan dua tuan rumah, Denmark dan Russia, begitu juga pasukan pilihan Belgium dalam Kumpulan B.

Belanda yang semakin meningkat selepas tercicir Euro 2016 dan Piala Dunia tahun lalu akan berdepan Ukraine dan Austria termasuk satu pemenang play-off dalam Kumpulan C.

Saint Petersburg, Copenhagen, Amsterdam, Bucharest dan Dublin turut menjadi gelanggang rasmi perlawanan selepas UEFA mengambil keputusan menganjurkan perlawanan sekitar bandar Eropah sempena ulang tahun ke-60 sejak kejohanan pertama dianjurkan pada 1960.

Undian kumpulan

Kumpulan A: (Rome dan Baku)

Turki

Itali

Wales

Switzerland

- - -

Kumpulan B: (Copenhagen dan St Petersburg)

Denmark

Finland

Belgium

Russia

- - -

Kumpulan C: (Amsterdam dan Bucharest)

Belanda

Ukraine

Austria

Pemenang play-off D *

- - -

Kumpulan D: (London dan Glasgow)

England

Croatia

Pemenang play-off C

Rep Czech

- - -

Kumpulan E: (Bilbao dan Dublin)

Sepanyol

Sweden

Poland

Pemenang play-off B

- - -

Kumpulan F: (Munich dan Budapest)

Pemenang play-off A *

Portugal

Jerman

Perancis

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 8:38 AM