SALAH mahu bersama Mesir tolak tawaran ujian imbasan dari Liverpool. -FOTO EPA
SALAH mahu bersama Mesir tolak tawaran ujian imbasan dari Liverpool. -FOTO EPA
AFP

Johannesburg: Bintang Liverpool yang mengalami kecederaan, Mohamed Salah mengingkari kelabnya dan mengetuai Mesir ketika mereka mencatatkan kemenangan ke atas Guinea di Kaherah dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023, menurut jurulatih kebangsaan Ehab Galal.

"Salah mengalami kecederaan namun tetap bermain untuk Mesir," kata Galal yang tampil buat kali pertama bersama pasukan Mesir selepas jurulatih Portugal, Carlos Queiroz meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan syarat kontrak baharu.

Galal memaklumkan pada sidang media bahawa Salah menolak permintaan Liverpool untuk menjalani rawatan imbasan pra-perlawanan kerana kecederaan yang tidak didedahkan tetapi 'tapi ia tidak akan dilakukan sekarang."

Mesir akan menentang Ethiopia Khamis ini di ibu negara Malawi, Lilongwe kerana lawan mereka tidak mempunyai sebarang stadium bertaraf antarabangsa.

Pemenang anugerah pemain terbaik Afrika dua kali, Salah berdepan dengan dua kekecewaan besar bersama Mesir yang juga juara tujuh kali Piala Negara-Negara Afrika tahun ini.

Mereka tewas di final Piala Negara-Negara kepada Senegal menerusi penentuan penalti pada Februari lalu dan berikutnya tumbang sekali lagi kepada Senegal juga menerusi penentuan sepakan penalti, kali ini dalam aksi play-off Piala Dunia 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 10:50 AM