JDT juara Liga Super musim lalu. FOTO JDT
JDT juara Liga Super musim lalu. FOTO JDT
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) diundi bersama Juara Liga Jepun (Liga J), Kawasaki Frontale di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Kawasaki Frontale yang dikhabarkan akan mengikat tonggak utama Thailand, Chanatip Songkrasin menjadi cabaran utama buat Harimau Selatan dalam saingan Kumpulan I kelak selain daripada pasukan tangga ketiga Liga Super China, Guangzhou FC.

Pemenang aksi 'play-off' antara kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai ataupun wakil Thailand, Port FC akan melengkapkan satu lagi pasukan dalam kumpulan terbabit.

Namun sedikit kelegaan buat JDT apabila juara bertahan yang juga pemenang gelaran terbanyak, Al-Hilal diundi dalam Kumpulan A bersama Al-Rayyan SC, FC Istiklol dan pemenang perlawanan 'play-off' antara Sharjah menentang Al-Zawraa.

Aksi peringkat kumpulan akan membuka tirainya pada April ini. Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan tampil di peringkat kumpulan saingan tertinggi Asia itu untuk empat musim berturut turut sejak 2019.

Namun dalam tiga penampilan yang disertai sebelum ini, kempen mereka berakhir setakat di peringkat kumpulan.

Bagi musim 2021, skuad bimbingan Benjamin Mora itu menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan G yang turut dihuni Nagoya Grampus, naib juara ACL, Pohang Steelers dan Ratchaburi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 4:52 PM