Cabaran Perancis bakal dipikul Olivier Giroud (berdiri, kanan sekali) dan Anthony Martial (berdiri, dua dari kanan) selaku tuan rumah Euro 2016. - Pix AFP
Cabaran Perancis bakal dipikul Olivier Giroud (berdiri, kanan sekali) dan Anthony Martial (berdiri, dua dari kanan) selaku tuan rumah Euro 2016. - Pix AFP

Paris: Sebanyak 20 negara sudah menempah tiket layak beraksi pada Euro 2016 di Perancis tahun depan selepas melengkapkan jadual perlawanan kelayakan peringkat kumpulan.

Negara layak adalah Perancis (tuan rumah), Iceland, Republik Czech, Turki, Belgium, Wales, Sepanyol (juara bertahan), Slovakia, Jerman, Poland, England, Switzerland, Ireland Utara, Romania, Austria, Russia, Itali (finalis 2012), Croatia, Portugal, Albania sementara lapan pasukan lagi akan beraksi pada play-off November depan untuk empat slot terakhir.

Pertandingan yang dimulakan di Perancis pada 1960 membabitkan empat pasukan dan empat perlawanan selama lima hari di dua gelanggang.

Euro 2016 adalah kali ketiga Perancis selaku tuan rumah selepas menjuarainya pada 1984 dan negara itu juga menjuarai edisi 2000.

Sebanyak 24 pasukan terbabit akan bersaing dalam 51 perlawanan selama 32 hari di 10 stadium terletak di Bordeaux, Lens, Lille, Lyon, Marseille, Nice, Paris, Saint-Denis, Saint-Etienne dan Toulouse.

Euro 2016 berlangsung bermula 10 Jun hingga 10 Julai dan final akan berlangsung di Stade de France. - Uefa.com

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 4:34 PM