PEMAIN Sepanyol Juan Mata memperlihatkan kertas tertera Perancis ketika sesi undian Liga Negara-Negara Uefa   2024/25 di Maison de la Mutualite di  Paris.
PEMAIN Sepanyol Juan Mata memperlihatkan kertas tertera Perancis ketika sesi undian Liga Negara-Negara Uefa 2024/25 di Maison de la Mutualite di Paris.
Reuters

Paris: Juara Euro 2020 Itali dan finalis Piala Dunia 2022 Perancis berentap dalam saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Uefa selepas undian berlangsung di Paris awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan mengisi Kumpulan 2 di Liga A yang turut mengandungi Belgium dan Israel.

Jerman dan Hungary yang berdepan satu sama lain di peringkat kumpulan Euro 2024 sekali lagi diundi bersama dan mereka akan turut menentang Belanda dan Bosnia dalam Kumpulan 3.

Juara edisi terakhir Sepanyol bakal dicabar Denmark, Switzerland dan Serbia dalam Kumpulan 4.

Buat kali pertama aksi suku akhir Liga Negara-Negara Uefa dilangsungkan dengan dua pasukan teratas Liga A layak ke fasa baharu kejohanan.

Dalam Liga B England dan Ireland berentap dalam Kumpulan 2 bersama Finland dan Greece. Ini penampilan pertama England di Liga B selepas penyingkiran mereka pada edisi terakhir.

Russia disisih daripada kejohanan susulan pencerobohan negara mereka ke atas Ukraine.

Liga Negara-Negara akan dikaitkan dengan kelayakan Eropah ke Piala Dunia 2026. Empat pasukan terbaik juara kumpulan yang menamatkan saingan di belakang dua pasukan teratas kelayakan Piala Dunia peringkat kumpulan mereka akan beraksi di peringkat playoff.

Berikut keputusan undian Liga Negara-Negara Uefa.

Liga A

Kumpulan A1: Croatia, Portugal, Poland, Scotland

Kumpulan A2: Itali, Belgium, Perancis, Israel

Kumpulan A3: Belanda, Hungary, Jerman, Bosnia

Kumpulan A4: Sepanyol, Denmark, Switzerland, Serbia

Liga B

Kumpulan B1: Republik Czech , Ukraine, Albania, Georgia

Kumpulan B2: England, Finland, Ireland, Greece

Kumpulan B3: Austria, Norway, Slovenia, Kazakhstan

Kumpulan B4: Wales, Iceland, Montenegro, Turkiye

Liga C

Kumpulan C1: Sweden, Azerbaijan, Slovakia, Estonia

Kumpulan C2: Romania, Kosovo, Cyprus, Lithuania/Gibraltar*

Kumpulan C3: Luxembourg, Bulgaria, Ireland Utara, Belarus

Kumpulan C4: Armenia, Faroe Islands, North Macedonia, Latvia

Liga D

Kumpulan D1: Lithuania/Gibraltar*, San Marino, Liechtenstein

Kumpulan D2: Moldova, Malta, Andorra

(*Lithuania dan Gibraltar beraksi peringkat playoff pada Mac untuk menentukan pasukan tersingkir ke Liga D)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2024 @ 8:51 AM