GAYA rekaan elegan.
GAYA rekaan elegan.
PADANAN rim 19 inci gaya sporty.
PADANAN rim 19 inci gaya sporty.
Lizam Ridzuan


BAHASA rekaan buat pengeluar jenama Kia jelas dilihat dalam model terkini yang ditawarkan dalam pasaran dan antaranya model kenderaan utiliti sukan (SUV) Sorento yang meneruskan kesinambungan elemen yang terdapat pada model Carnival.

Kia Sorento Serba Baharu 2023 dilancarkan awal tahun ini tampil gaya maskulin dan Vroom berpeluang memandu ujinya baru-baru ini.

Ia ditawarkan menerusi tiga varian dan unit pandu uji ini ialah varian tertinggi iaitu 2.2 AWD 6 tempat duduk enjin diesel.

Varian lain terdapat dalam pasaran ialah 2.4 2WD 7 tempat duduk dan 2.5 AWD 6 tempat duduk enjin petrol.

Model Sorento generasi keempat itu pada pandangan penulis sangat menyerlah berbanding versi sebelumnya dengan garis lebih lurus dan tajam serta bertambah daripada segi saiz.

Lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan gril hadapan ciri signatur Kia serta pada bahagian belakang lampu menegak dan kemasan bampar serta pintu dengan spoiler menambah gaya.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19 inci tampil sepadan dengan saiz kenderaan ini iaitu 4,810 milimeter (mm) panjang, 1,900mm lebar dan 1,695mm tinggi.

Untuk kabin dengan enam tempat duduk kulit pada baris kedua dengan kerusi 'kapten' dan belakang dengan kapsiti dua dewasa dan pandangan penulis lantainya agak tinggi membuatkan kedudukan lutut agak ternaik dan lebih sesuai dilihat untuk kanak-kanak bagi posisi lebih selesa.

SERLAH ciri aktif.
SERLAH ciri aktif.

Untuk papan pemuka pula dengan sistem kluster meter digital bersaiz 12.3 inci, sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci, pengecas USB, pengecas tanpa wayar dan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Sistem pendingin hawa dua zon dan terdapat corong pada penumpang belakang dan pada baris ketiga tersedia butang larasan manual.

Untuk varian tertinggi didatangkan dengan enjin Smartstream 2.2 liter diesel turbo CRDi DOHC menjana 199 kuasa kuda pada 3,800 rpm dan tork 449Nm pada 1,750 ke 2,750 rpm dan transmisi lapan kelajuan dwi klac (DCT) pacuan semua roda (AWD).

Untuk prestasi ternyata Sorento ini sangat berkuasa dan responsif pada kelajuan di atas jalan raya dan dengan pilihan empat mod pemanduan dengan butang putaran pada konsol tengah bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan.

RUANG kabin ciri teknologi.
RUANG kabin ciri teknologi.

Posisi pemandu juga selesa dengan tahap penglihatan yang luas kerana SUV ini juga agak tinggi dengan jarak kelegaan jalan 176 mm namun begitu pada selekoh ia juga stabil dan terasa yakin mengendalikannya dengan suspensi hadapan MacPherson Struts dan belakang Multi-Link.

Secara keseluruhanya Sorento Serba Baharu ini dilihat sebagai SUV untuk keluarga kerana menawarkan pilihan enam atau tujuh tempat duduk.

Sesuai buat menjelajah ke sesuatu destinasi, atau beraktiviti rekreasi malah jika di dalam bandar juga ia kelihatan menyerlah dan tampil elegan.

Ciri fleksibel dengan kerusi baris ketiga mudah untuk dijatuhkan menambah ruang jika mahu membawa muatan yang lebih malah pada kerusi penumpang hadapan juga terdapat butang menghadap pemandu bagi memudahkan larasan ketetapan posisi tempat duduk.

KERUSI kapten baris kedua.
KERUSI kapten baris kedua.

Untuk ciri keselamatan didatangkan dengan enam beg keselamatan, bantuan mula bukit, brek perlanggaran pelbagai, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong dan brek kecemasan autonomi antara yang tersedia.

Paling penting dengan enjin diesel dan tangki bahan api 67 liter ia mampu menjangkau sehingga 750 km dengan purata catatan penggunaan bahan api penulis sekitar 8.8 liter bagi setiap 100km.

Untuk pasaran Malaysia Kia Sorento 2.2D AWD 6 tempat duduk ini dijual pada harga RM255,228 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 6:20 AM