ID. Buzz inspirasi daripada Combi.
ID. Buzz inspirasi daripada Combi.
Lizam Ridzuan


WALAUPUN Combi sudah dihentikan pengeluarannya pada 2013, minat terhadap model ini terus wujud dalam kalangan peminat automotif.

Volkswagen melancarkan versi terkini Combi dikenali Volkswagen ID. Buzz, sebagai model kenderaan elektrik (EV) pada 2022.

Ia menggabungkan elemen reka bentuk klasik Combi dengan teknologi terkini kepada warisan Combi yang ikonik kini dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV).

Model ID. Buzz 'Long Wheels Base' (LWB) dengan saiz lebih panjang pula membuat kemunculan pertama untuk varian tiga baris duduk di California, Amerika Syarikat baru-baru ini selepas edisi dua baris tempat duduk dipertontonkan di Eropah pada 2022.

Model ini juga 250 milimeter (mm) lebih panjang daripada model standard serta saiz jarak roda bertambah dari 2,989 mm kepada 3,238 mm.

Untuk model LWB, ia juga dengan bateri lebih besar untuk kuasa bateri 85 kWh berbanding 77 kWh pada varian standard yang menjana 286 kuasa kuda untuk varian pacuan roda belakang (RWD).

Kelajuan maksimum juga mencecah 160 kilometer/sejam (km/j) berbanding versi standard iaitu 145km/j dan sifar ke 100km/j sekitar 7.9 saat.

RUANG kabin segar dan ranggi.
RUANG kabin segar dan ranggi.

Juga terdapat pilihan pacuan semua roda (AWD) serta motor elektrik pada gandar hadapan menjana 339 kuasa kuda menerusi varian GTX dengan sifar ke 100 km/j dalam tempoh 6.4 saat.

Ia didatangkan dengan suspensi belakang multi-link dan strut untuk hadapan.

Rekaan luaran DNA Combi klasik dengan elemen ciri sentuhan retro moden seperti logo VW yang besar, rekaan hadapan pendek dan warna dwi-tona.

Ruang kabin dengan ketetapan tempat duduk 2-2-2 atau 2-3-2 serta kerusi baris kedua jatuhan 60:40 untuk ciri praktikal yang juga boleh dilipat untuk permukaan lebih rata dan baris ketiga boleh ditanggalkan sepenuhnya untuk lebih ruang.

Ia juga dengan sistem hiburan bersaiz 12.9 inci, paparan dwi-meter pemandu 5.3 inci termaju dan bumbung panorama berteknologi tinggi.

Ciri lain dengan pintu gelongsor elektrik kedua bahagian, rim bersaiz 20 inci, sistem 14 pembesar suara Harman Kardon.

Untuk jarak perjalanan dengan sekali pengecasan menerusi model standard dengan bateri 77kWh mampu menjangkau perjalanan sehingga 415km.

Buat masa ini tiada kenyataan rasmi lagi daripada Volkswagen untuk jarak perjalanan menerusi kuasa bateri yang baharu.

ELEMEN feleksibel dan praktikal.
ELEMEN feleksibel dan praktikal.

Volkswagen ID. Buzz dijangka dijual untuk pasaran di Amerika Syarikat pada 2024 dan model ini dikeluarkan dari kilang Kenderaan Komersial Volkswagen di Hanover, Jerman.

Untuk pasaran Malaysia menerusi syarikat pengimport kenderaan terpakai menawarkan model ini pada harga sekitar RM600,000.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 7:00 AM