EV9 rangkul dua anugerah terbaik dunia.
EV9 rangkul dua anugerah terbaik dunia.
Lizam Ridzuan


Kenderaan elektrik (EV) menerusi model Kia EV9 bukan sahaja tampil rekaan yang menarik malah turut diiktiraf dalam Anugerah Kereta Dunia 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Auto New YorK 2024.

Dua Anugerah itu ialah Kereta Terbaik Tahun 2024 dan Kereta Elektrik Terbaik Dunia 2024 yang diadili oleh 100 juri daripada wartawan permotoran dari 29 negara.

Antara ciri utama pemilihanya kerana rekaan yang inovatif serta ruang kabin tujuh tempat duduk yang luas serta harga yang kompetetif ditawarkan dalam pasaran.

Dibina di atas platform E-GMP, model ini adalah yang pertama untuk Kia yang dilengkapi teknologi bateri generasi keempat serta dipertingkatkan prestasinya.

Acara Anugerah Kereta Dunia ditubuhkan pada 2003 sebagai pengiktirafan utama pencapaian terbaik dalam dunia automotif serta penghargaan untuk pencapaian dalam era tekologi yang semakin pantas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia, Hu Sung Song berkata mereka amat berbesar hati kerana EV9 2024 dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Dunia dan Kenderaan Elektrik Dunia tahun ini.

"Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi melangkaui sempadan teknologi dan kecemerlangan reka bentuk.

"Kejayaan Kia EV9 diteruskan bagi mendorong kami untuk terus menawarkan kenderaan luar biasa yang mentakrifkan semula pengalaman pemanduan untuk pelanggan di seluruh dunia pada tahap yang baharu," katanya.

KABIN luas dan selsa.
KABIN luas dan selsa.

CIRI praktikal dan fleksibel.
CIRI praktikal dan fleksibel.

DIJANA elektrik sepenuhnya.
DIJANA elektrik sepenuhnya.

Sebelum pencapaian ini, Kia EV9 juga pernah mendapat beberapa penarafan lain seperti Anugerah Kereta Keluarga Untuk Golden Steering Wheel Awards, Kenderaan Utiliti Terbaik Amerika Utara dan SUV Premium Terbaik dalam Anugerah Newsweek Auto 2023.

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia mengumumkan Kia EV9 kini sudah boleh ditempah di ruang pameran Kia di seluruh negara.

Dikhabarkan terdapat dua varian iaitu enam dan tujuh tempat duduk dan perincian lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Namun jika melihat EV9 untuk pasaran di negara Thailand ia ditawarkan dengan susun atur tempat duduk 2-2-2 dan 2-3-2 dengan varian Earth Long Range dan GT-LIne AWD serta keupayaaan bateri untuk jarak sehinga 647 kilometer (km).

Buat masa ini Kia Malaysia menawarkan empat model terdiri daripada Kia Sorento, Carnival untuk enjin pembakaran dalaman (ICE) dan EV6 dan Niro EV untuk kenderaan elektrik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 7:01 AM