MAZDA CX-9 2021 Iginite Edition serlah gaya premium SUV.
MAZDA CX-9 2021 Iginite Edition serlah gaya premium SUV.
RIM aloi 20 inci.
RIM aloi 20 inci.
Lizam Ridzuan


BUAT yang mahukan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan penawaran tiga baris tempat duduk, Mazda CX-9 antara model yang ada di pasaran tempatan.

Ia bukan sahaja tampil dengan rekaan gaya 'Kodo-Soul of Motion' Mazda yang sporty malah terserlah gaya premiumnya.

Baru-baru ini, model CX-9 'Ignite Edition' 2021 baharu diperkenalkan dengan ciri teknologi selain kemasan dipertingkatkan.

Ia datang dengan ciri cermin sisi, gril dan rim aloi bersaiz 20 inci dengan warna hitam berkilat sebagai ciri standard.

Untuk ruang dalaman, ia dilengkapi tempat duduk kulit Burgundy dan kemasan papan pemuka hitam, termasuk panel pintu dan bezel.

Bagi menambah suasana premium, model ini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar dan pedal penukar gear pada roda stereng.

KEMASAN dalaman baharu.
KEMASAN dalaman baharu.

CX-9 2021 juga dilengkapi ciri keselamatan i-Activsense seperti lampu utama LED Adaptive, Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Trafik Melintas Belakang, Makluman Perhatian Pemandu serta Kawalan Pelayaran Radar Mazda.

Ciri lain termasuk kerusi pemandu dengan fungsi memori 10 tetapan, kemasukan tanpa kunci dan butang tekan-mula.

Ia dijana enjin 2.5 liter Turbo Skyactiv-G yang menjana 228 kuasa kuda (hp) dan tork 420Nm menerusi dua pilihan model sama ada Pacuan Dua Roda (2WD) atau Pacuan Semua Roda Active (AWD).

Enjin turbo ini dipadankan dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam kelajuan dan Kawalan Tambahan G-Vectoring.

SUV dengan tiga baris tempat duduk.
SUV dengan tiga baris tempat duduk.

Mazda CX-9 Ignite Edition adalah import sepenuhnya (CBU) dari Jepun dengan enam pilihan warna iaitu 'Soul Red Crystal', 'Machine Gray', 'Snowflake White Pearl', 'Sonic Silver', 'Deep Crystal Blue' dan 'Jet Black'.

Dua varian ditawarkan iaitu Mazda CX-9 2.5L Turbo 2WD pada harga RM319,847 dan Mazda CX-9 2.5L Turbo AWD pada harga RM336,215 (semua harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan SST).

Ia datang bersama jaminan lima tahun

pengeluar dan lima tahun penyelenggaraan percuma atau 100,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

KERUSI kulit Burgundy.
KERUSI kulit Burgundy.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 6:30 AM