KERJASAMA Indonesia dan Malaysia.
KERJASAMA Indonesia dan Malaysia.
Lizam Ridzuan


SESUAI dengan pemberian rebat untuk pembelian motosikal elektrik (EV) ketika pengumuman Belanjawan 2024 lalu, kini penawaran produk berkaitan juga semakin bertambah.

Yang terkini ialah United E-Motor menerusi pengedar dan pemasang skuter itu di Malaysia, Artronic Bhd melancarkan dua model iaitu TX3000 dan TX1800 dalam pasaran tempatan.

United E-Motor adalah produk dari Indonesia di bawah syarikat PT Terang Dunia Internusa (PT TDI) yang juga sebagai pengeluar basikal di sana.

Skuter TX3000 dikuasakan sepenuhnya dengan dua bateri lithium-ion 60V dengan kapasiti pengecasan AC 110-220V.

Pengecasan pantas dalam tempoh empat jam untuk capaian 0 hingga 80 peratus.

Ia boleh dicas terus dengan kapasiti 1,300 watt atau menggunakan kaedah tukar (swap) dengan jarak perbatuan sehingga 120 kilometer (km) menerusi pengecasan penuh.

Kelajuan maksimum sehingga 90km/j dan ia juga dilengkapi dengan Sistem Brek Combi (CBS).

Untuk model TX1800 dengan kapasiti bateri lithium-ion 60V satu slot dan menerusi pengecasan penuh 0-8 peratus dalam tempoh 1.5 jam.

Kelajuan maksimum model ini sehingga 75km/j dan mencapai jarak perbatuan sekitar 65 km.

Keduanya hadir dengan rekaan yang sporty dan ciri teknologi termaju seperti panel meter digital, Bluetooth binaan dalam, ruang simpanan bawah tempat duduk serta lampu hadapan LED dan dua mod tunggangan comfort serta aggressive.

Pengumuman harga dan pakej bayaran ansuran untuk dua model ini dibuat pada 24 Disember depan dan Artroniq menyasarkan pengeluaran sebanyak 2,000 unit sehingga 2024.

Model pemasangan tempatan (CKD) ini disasarkan untuk pelajar universiti tempatan khususnya di Lembah Klang.

Ia juga membantu usaha kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan agenda Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 6:11 AM