BATERI lithium-ion lebih prestasi dan emisi karbon rendah.
BATERI lithium-ion lebih prestasi dan emisi karbon rendah.

Keperluan bateri penting untuk sistem elektrik motosikal kerana ia bertanggungjawab dalam menyalurkan kuasa kepada lampu, penggera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), jika ada.

Jika bateri rosak atau lemah, motosikal tidak boleh dihidupkan atau berfungsi dengan baik.

Ia akan memberi kesan dan masalah terhadap jentera berkaitan.

Untuk bateri motosikal, banyak yang ditawarkan di pasaran dan terkini, 'Dynavolt' iaitu ciri bateri lithium-ion, dilancarkan baru-baru ini.

Bateri ini lebih premium serta menawarkan prestasi lebih lancar di jalanan.

Antara ciri utama untuk bateri lithium-ion ialah, ia mampu mengecas dengan setara pada setiap sel untuk tahan lebih lama.

Ia memerlukan sekitar dua jam untuk dicas berbanding bateri jenis asid-lead yang mengambil masa sehingga 10 jam.

Bateri lithium-ion juga lebih ringan (650kg) daripada bateri asid-lead (2.2kg).

Aliran tenaganya juga lebih efisien, kitaran sehingga 5,000 pengecasan, saiz yang lebih kompak manakala emisi karbonnya rendah.

Selain itu, paparan monitor jumlah kapasiti bateri memudahkan pemantauan bagi memastikan ia kekal memiliki tenaga mencukupi.

Untuk penjagaan, kaedah terbaik menjaga setiap bateri kenderaan, terutama motosikal, ialah dengan meletakkan bateri dalam suhu bilik dan elakkan terdedah secara terus kepada cahaya matahari atau sebarang cuaca.

Cas bateri bila perlu serta elakkan mengecas dan mematikan ia lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Ikuti arahan manual pengeluar serta pastikan suasana yang selamat ketika menggunakannya.

Selain lithium-ion, jenama ini turut menawarkan bateri jenis asid-lead dan nano-gel. Ia mengikut keperluan dan bajet pelanggan.

Jenama ini juga membangunkan teknologi bateri menerusi pembabitan dalam perlumbaan Grand Prix Moto2 dan MotoE.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 3:51 PM