VISI EV tempatan oleh Perodua.
VISI EV tempatan oleh Perodua.
Lizam Ridzuan


PERUSAHAAN Otomobil Kedua (Perodua) memperkenalkan model kereta konsep 'Electric Motion Online' (EM-O) bersempena Pameran Auto Malaysia (MAS 2023).

Model kenderaan elektrik (EV) dalam segmen-B hatchback itu disasarkan untuk dikeluarkan pada 2035.

Sasarannya pula membabitkan golongan berpendapatan sehingga RM5,800.

Kenderaan segmen-B hatchback dipilih kerana kepakaran Perodua dalam menghasilkan model sebegitu selain mempercepatkan proses rekaan dan penghasilannya.

Ia juga mampu memuatkan empat penumpang dalam satu masa.

Dimensi panjang EM-O yang dicadangkan ialah 3,895mm dengan lebar 1,735mm serta tinggi 1,515mm.

Ia juga didatangkan dengan roda bersaiz 18 inci.

Kenderaan ini dikuasakan dengan bateri Lithium-Ion dengan kapasiti pengecasan 300kW pada kapasiti 50 kWh dengan kesesuaian pengecas 400/800 voltan.

REKAAN ciri sporty hatchback segmen-B.
REKAAN ciri sporty hatchback segmen-B.

DIKUASAKAN dengan bateri lithium-ion.
DIKUASAKAN dengan bateri lithium-ion.

EM-O sasar dikeluarkan pada 2035.
EM-O sasar dikeluarkan pada 2035.

Untuk pengecasan biasa, ia dijangka mengambil masa sehingga tujuh jam.

Pengecasan pantas 300kW pula mengambil masa sekitar 20 minit.

Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 160 kilometer/sejam (km/j) dengan jarak perbatuan sehingga 350km.

Proses pembuatan kenderaan ini dijalankan menerusi unit kajian dan pembangunan (R&D) Perodua.

Ia akan dihasilkan menerusi asas rekaan yang sentiasa berubah mengikut masa bagi disesuaikan dengan keadaan.

Cabaran utama dalam penghasilan EM-O ialah pemahaman dan keperluan mobiliti.

Pelbagai kajian dijalankan membabitkan produk dan teknologi keterhubungan yang merupakan ciri terkini.

Direka sepenuhnya oleh pereka Perodua, ia disesuaikan dengan cita rasa pembeli tempatan yang mahukan kenderaan dengan ciri rekaan yang lebih sporty.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 6:45 AM