Syazwan Msar


Shah Alam: Tonggak Selangor FC, Faisal Halim mengakui dia mengiggil dan meronta mahu bermain bola sepak selepas hampir sebulan berehat berikutan insiden simbahan asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, awal bulan lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa memendam hasrat terbabit kerana perlu memberi peluang dan ruang kepada proses rawatan dalam tempoh terdekat ini.

Faisal yang juga pemain sayap Harimau Malaya mengakui ketika ini terlalu rindukan bola sepak negara terutama melihat rakan sepasukan beraksi bersama pasukan kebangsaan dan Selangor FC.

"Saya amat rindukan bola sepak dan mahu bermain dan berlatih. Saya harus fokus kepada pemulihan dan rehabilisasi.

" Saya akan tunggu doktor beri kebenaran bermain. Saya akan berusaha keras untuk dapat peluang bermain seperti biasa," katanya dalam sidang media khas.

FAISAL Halim dalam sidang media hari ini.
FAISAL Halim dalam sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 2:54 PM