Muhaamad Hafis Nawawi dan Suharmin Yusuf dan Suhanna Iskandar


Petaling Jaya: Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman hari ini sekali lagi melakukan lakonan semula di tepi Blok R berhampiran kawasan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Pasukan forensik tiba di apartment itu kira-kira 11 pagi tadi sebelum seorang saksi kanak-kanak yang melihat Zayn pada petang kehilangannya melakonkan semula pergerakannya.

Difahamkan pasukan forensik pada mulanya melakukan lakonan semula itu di dalam Blok R sebelum saksi kanak-kanak itu dibawa ke tepi tangga berhampiran belukar terbabit.

Bagaimanapun media hanya boleh mengambil gambar dan melihat dari jauh serta tidak dibenarkan menghampiri kawasan apartment itu.

Lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Lakonan semula itu dilaksanakan untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Harian Metro semalam melaporkan polis mengesan dua lagi saksi kanak-kanak berkaitan kes bunuh Zayn Rayyan menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan:

Zayn masih hidup pada jam 5 petang, 5 Disember

Lakonan semula di lokasi berdasar keterangan dua saksi kanak-kanak

Polis kesan dua kanak-kanak yang nampak Zayn Rayyan di Blok R

Polis jumpa stoking dalam kolam

Polis ambil barangan dari Blok R untuk dianalisa

Polis cari bukti di sekitar Blok R

Selesai periksa rumah, polis bawa keluar dua kotak

Polis periksa setiap rumah di Blok R, kumpul bukti kes Zayn Rayyan

Forensik terus siasat Blok R

Unit K9 buat pemeriksaan sekali lagi

Polis kesan pergerakan hasil analisa 'dashcam'

Air kolam takungan disedut

Polis periksa rumah berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui

Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan polis

Polis dah ambil keterangan 48 individu

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 11:56 AM
KANAK-KANAK dipercayai saksi terakhir melihat Zayn Rayyan masih hidup melakukan lakonan sambil diperhatikan sekumpulan anggota Unit Forensik. FOTO Bernama
KANAK-KANAK dipercayai saksi terakhir melihat Zayn Rayyan masih hidup melakukan lakonan sambil diperhatikan sekumpulan anggota Unit Forensik. FOTO Bernama
KANAK-KANAK dipercayai saksi terakhir melihat Zayn Rayyan masih hidup melakukan lakonan sambil diperhatikan sekumpulan anggota Unit Forensik. FOTO Bernama
KANAK-KANAK dipercayai saksi terakhir melihat Zayn Rayyan masih hidup melakukan lakonan sambil diperhatikan sekumpulan anggota Unit Forensik. FOTO Bernama
KANAK-KANAK melakukan lakonan semula di Apartment Idaman bagi membantu siasatan polis. FOTO Suhanna Iskandar
KANAK-KANAK melakukan lakonan semula di Apartment Idaman bagi membantu siasatan polis. FOTO Suhanna Iskandar