Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis sudah mengambil 228 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi 'mass DNA screening' (ujian DNA beramai-ramai) penduduk Apartmen Indah, Damansara Damai di sini, setakat hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Menurutnya, kesemua 228 sampel DNA itu diambil daripada sebahagian penduduk di semua 18 blok, Apartment Idaman dan ia akan diteruskan.

"Polis juga sudah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.

"Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartment itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, katanya 90 kumpulan membabitkan 90 pegawai dan 188 anggota polis terbabit dalam operasi ini.

"Keadaan cuaca hujan juga memang memperlahan operasi pencarian bukti kepada pihak polis," katanya.

Difahamkan pengambilan DNA setakat ini membabitkan penduduk Blok R, tiga saksi dan penduduk yang mengurus kebun di lokasi mayat ditemui.

Sementara itu, mengulas mengenai keperluan Bank Data DNA, Hussein berkata, setakat ini, FDDM (Forensic DNA Databank of Malaysia) ada lebih 250,000 profil DNA daripada mereka yang ditangkap polis.

"Jika ada ditemui profil DNA tempat kejadian yang dipercayai kepunyaan suspek, Bank Data ini boleh bantu sekiranya suspek pernah ditangkap sebelum ini bagi apa-apa kesalahan lain.

"Setakat ini banyak kes, Bank Data ini telah bantu termasuk kes-kes yang tidak dapat diselesaikan 10 hingga 20 tahun dulu yang dipanggil 'cold case,'" katanya.

Katanya, selain cap jari dan DNA, ada lagi bukti forensik lain yang boleh bantu seperti fiber, kain, tapak kasut dan sebagainya.

"Lagi besar Bank Data itu, lagi bagus terutama bagi proses 'familial DNA search' (carian DNA kekeluargaan).

"Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan juga perlu dalam membantu terutama dalam kes seperti ini (Zayn)," katanya.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

ANGGOTA Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan. FOTO Bernama
ANGGOTA Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan. FOTO Bernama

Berita berkaitan:

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 3:16 PM