SITI akui rindu umrah ketika Ramadan. Foto Aziah Azmee
SITI akui rindu umrah ketika Ramadan. Foto Aziah Azmee
Norhayati Nordin


JIKA tahun lalu Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44, menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan di Makkah mengerjakan umrah, kali ini kemungkinan beliau berpuasa dan meraikan Aidilfitri di sini saja.

Siti juga memaklumkan, beliau dan keluarga belum ada perancangan untuk berpuasa dan menyambut Syawal di kediaman mewah miliknya di Dubai yang baru dibeli tahun lalu.

Ibu dua anak ini berkata, tiada keputusan dibuat lagi.

"Insya-Allah, berpuasa di Malaysia saja tahun ini. Tak tahu lagi, tak tahu lagi bila akan ke sana (Dubai)," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Satu Suara Vol 3 di ibu kota, baru-baru ini.

Mengulas kerinduannya terhadap Tanah Suci, penyanyi lagu Jerat Percintaan dan Biarlah Rahsia ini berkata, perasaan rindu di hatinya sentiasa ada dan sela

lu teringat kenangan sewaktu melakukan ibadah umrah di sana.

"Rindu itu ada. Sentiasa, kalau kata Ramadan saya akan teringatkan umrah dan sebagainya di sana. Tapi, memandangkan keadaan sekarang ini saya rasa - pertama, kerja banyak sangat yang perlu diselesaikan.

"Kedua, nak bawa anak pun suami cakap mereka kecil lagi, macam Afwa masih kecil, saya tak pasti lagi sebab buat masa ini macam tak boleh nak 'confirm' akan pergi umrah atau tidak kerana benda ini kadang-kadang datang sendiri.

"Tiba-tiba rasa nak pergi saja (umrah), esok kita dah boleh daftar nak pergi. Jadi, saya cuma doa agar Allah permudahkan segalanya kerana kita nak ke sana (Makkah) pun menjadi tetamu-Nya atas izin Allah juga," katanya.

Siti berkata, tahun lalu selepas seminggu berpuasa, beliau tiba-tiba berasakan sudah lama tidak menunaikan umrah dan terus mencari serta menempah sendiri hotel di Makkah dan Madinah, termasuk tiket penerbangan yang segala urusan lancar.

"Jadi, umrah pada tahun ini saya memang tak tahu nak cakap apa. Tapi, kalau Allah permudahkan segalanya, ia akan jadi macam tahun lalu juga. Cuma, kali ini memang tak pasti lagi. Sebab, tahun lepas pun dah tinggalkan anak.

SITI jayakan Konsert Satu Suara Vol 3 pada 13 Mei depan. Foto Aziah Azmee
SITI jayakan Konsert Satu Suara Vol 3 pada 13 Mei depan. Foto Aziah Azmee

"Afwa demam, bila saya dah nak balik ke Malaysia, anak-anak dah tak sihat. Banyaklah kita fikir bila nak bawa anak 'travel' (melancong) ini," katanya bakal berak

si bersama Jay Jay dan Ernie Zakri untuk Konsert Satu Suara Vol 3 di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza pada 13 Mei depan.

Teruja gabung dengan Jay Jay, Ernie

Sebut saja konsert Siti Nurhaliza, semestinya tiket dijual akan laris dalam sekelip mata. Hingga kini, boleh dikata rekod jualan tiket konsert Siti cukup hebat kerana 'sold out' walaupun harga mencecah ratusan ringgit.

Ia kerana Siti yang komited dalam mempersiapkan diri dan gigih berlatih sebelum konsert membuatkan persembahan nyanyiannya sentiasa mantap dan tidak pernah menghampakan penonton. Kelunakan vokal Siti juga menusuk jiwa.

"Sejujurnya, saya memang teruja nak bergabung membuat persembahan atas satu pentas bersama Abang Jay Jay dan Ernie. Kedua-dua mereka adalah penyanyi yang saya kagumi bakat nyanyian masing-masing.

TERUJA beraksi di pentas bersama Jay Jay dan Ernie. Foto Aziah Azmee
TERUJA beraksi di pentas bersama Jay Jay dan Ernie. Foto Aziah Azmee

"Abang Jay Jay yang sudah menyanyi sejak era 1970-an hingga kini masih lagi aktif, sememangnya mempunyai rangkaian lagu yang sedap dan 'evergreen'. Saya sendiri pun dulu selalu menyanyikan lagunya dalam persembahan.

"Bagi Ernie pula, saya melihat dia menyanyi sejak kanak-kanak lagi. Malah, sekarang dia (Ernie) sudah berjaya membina nama dalam karier nyanyiannya yang membuat saya gembira dan bangga melihat pencapaiannya. Ernie memang berbakat besar," katanya.

Ditanya kepuasannya dalam konsert dijayakan, Siti berkata, apa yang dibuat sekarang hanya untuk menghiburkan orang ramai.

Katanya, pada masa sama juga penonton beramal sambil berhibur.

"Selain daripada menghiburkan penonton, sekarang ini saya lebihkan kepada membuat persembahan yang ada pulangan untuk masyarakat. Contohnya, hasil jualan tiket konsert disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami asaskan.

"Menerusi Yayasan Nurjiwa ini, kami membantu semula orang ramai yang memerlukan dengan memberi sumbangan dana yayasan. Setakat ini, banyak program dan aktiviti kebajikan sudah dilakukan," katanya.

Siti berkata, beliau berharap penganjuran Konsert Satu Suara Vol 3 akan mendapat sambutan. Terdahulu, Siti pernah menjayakan Konsert Satu Suara Vol 1 pada 2010 dan Konsert Satu Suara Vol 2 pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 7:00 AM