Mi Segera yang krisis dan menyebabkan harga melambung tinggi.
Mi Segera yang krisis dan menyebabkan harga melambung tinggi.
AFP

Shanghai: Perintah berkurung dikenakan terhadap ibu kota Shanghai, China berakhir dengan krisis makanan dan menyebabkan harga melambung tinggi.

Warga tempatan dikenali sebagai Frank Tsai yang tinggal di sebuah pangsapuri di Puxi, bahagian barat Shanghai menyediakan makanan selama empat hari seperti disarankan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tujuh hari kemudian makanannya semakin berkurang.

"Saya memikirkan makanan dan pengambilan lebih dari yang pernah saya miliki dalam hidup," kata Tsai yang bekerja sebagai tenaga pengajar.

Beberapa penduduk terpaksa menggunakan sistem barter atau membayar lebih untuk makanan ketika perintah berkurung.

Seorang penduduk Shanghai dikenali sebagai Ma berkata, dia membayar 400 yuan (RM266) hanya untuk mendapatkan mi segera dan soda.

"Saya hanya mencubanya sebagai persediaan. Saya tidak yakin berapa lama ini akan berlanjutan," katanya.

Sebahagian besar daripada 25 juta penduduk Shanghai diarahkan berkurung di rumah dan marah kerana kekurangan makanan selain ditempatkan di pusat kuarantin mega jika positif Covid-19.

"Tidak ada sesiapa yang berani bersuara, semua diam dan menghormati jarak dan privasi satu sama lain," kata penduduk lain bernama Romeo kepada AFP.

Untuk pekerja lain di Shanghai, privasi sangat terhad.

Video di media sosial menunjukkan kakitangan tidur di katil dengan ditutup kain untuk terus menjual barangan mereka.

Shanghai kini menjadi ibu kota yang sunyi kecuali suara robot anjing dan dron yang menyiarkan perintah untuk ujian Covid-19.

Pemilik anjing tidak dapat berjalan dengan haiwan peliharaan mereka dan diharuskan melatih anjing mereka menggunakan baki pasir dalam ruangan atau menyelinap keluar di tengah malam supaya haiwan itu dapat membuang air.

"Saya melatih anjing saya untuk buang air kecil dan buang air besar di dalam, tetapi supaya mental saya stabil dan anjing saya juga waras, saya membawanya keluar pada jam 3 pagi," kata salah seorang pemilik.

Shanghai mengenakan perintah berkurung selama lebih 30 hari, sesetengah kawasan masih melaporkan kes baharu, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan strategi dilaksanakan China.

Di media sosial, orang ramai berjuang menentang penapisan kandungan untuk berkongsi video enam minit bertajuk 'Suara April' iaitu montaj rakaman suara sepanjang penularan pandemik di Shanghai.

Orang ramai mengimbau kembali kemarahan yang tercetus di media sosial dua tahun lalu, selepas kematian seorang doktor yang ditegur polis kerana berkongsi maklumat palsu mengenai jangkitan baharu SARS di Wuhan pada akhir 2019.

"Dr Li, selepas dua tahun tiada apa yang berubah, kami masih tidak boleh membuka mulut, masih tidak boleh bercakap," kata seorang pengguna Weibo.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 6:30 AM