KEBAKARAN besar memusnahkan lebih 500 rumah di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau, hari ini. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN besar memusnahkan lebih 500 rumah di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau, hari ini. FOTO ihsan bomba
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Lebih 500 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 4.45 petang.

Menurutnya, sehingga kini operasi mengawal dan memadam kebakaran di kawasan penempatan atas air itu masih dijalankan menggunakan sumber air terbuka.

"Struktur rumah diperbuat daripada papan selain kedudukannya begitu rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa," kata ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran membabitkan 49 anggota dan turut dibantu BBP Semporna selain Bomba Komuniti Kampung Kitingan dengan lima bot.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 9:56 PM