Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Sekurang-kurangnya 50 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 11 rumah di Kampung Kinabutan Besar di sini, musnah terbakar, hari ini.

Kejadian jam 6.15 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak dengan cepat dan memusnahkan beberapa lagi rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Turut musnah, lima kenderaan milik penduduk.

KESAN kebakaran berkenaan. FOTO bdul Rahemang Taiming
KESAN kebakaran berkenaan. FOTO bdul Rahemang Taiming

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stphen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian jam 6.23 pagi sebelum sepasukan 16 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, operasi terkawal pada 6.50 pagi dan tidak tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 8:56 AM