GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lelaki bukan warga negara berusia 130 tahun dan kanak-kanak perempuan bukan warga negara berusia empat tahun antara empat kes kematian dilaporkan hari ini akibat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki terbabit yang juga kes ke-35,037 disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Menurutnya, kanak-kanak itu yang juga kes ke-59,135 pula disahkan meninggalkan dunia di Hospital Tawau, Sabah

"Satu lagi kematian membabitkan lelaki warga tempatan berusia 84 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.

"Kematian keempat membabitkan wanita bukan warga negara berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 7:00 PM