Saipul Adli Mohamad dan Raja Noraina Raja Rahim


KERAJAAN menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.

Beliau berkata, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners.

"Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.

"Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lainlain. Ingatkan mereka setiap hari," katanya menerusi Perutusan Khas Perkembangan Terkini PKPP di Bangunan Parlimen, hari ini.

MUHYIDDIN menghadiri sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen. FOTO Asyraf Hamzah
MUHYIDDIN menghadiri sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen. FOTO Asyraf Hamzah

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 4:28 PM