FADILLAH YUSOF
FADILLAH YUSOF
Amir Abd HamidSuraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


BEBERAPA muka lama yang sebelum ini pernah menjadi menteri dilantik semula ke jawatan itu dalam pembentukan Kabinet baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, beberapa bekas Ahli Parlimen PKR yang sebelum ini berada dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) turut dilantik semula.

Antaranya, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ketika berada bersama PH memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik semula ke portfolio sama.

Turut memegang portfolio sama, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) memegang portfolio Menteri Kerja Raya dilantik semula ke jawatan itu.

Bekas menteri lain yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu, turut dilantik semula sebagai menteri adalah Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Doa, bantu saya - Bekas Mufti WP
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 6:45 AM