FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Fardy Bungga


MURID Tahun Lima ditahan polis selepas didapati merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun di rumah mereka, di Penampang, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua murid sekolah rendah terbabit dikesan melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur sebelum disedari abang mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sejurus selepas kejadian disedari ahli keluarganya.

Katanya, kanak-kanak lelaki terbabit kemudiannya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada keesokan hari untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kanak-kanak lelaki itu mengaku sudah empat kali melakukan hubungan seks bersama mangsa.

“Kanak-kanak ini juga mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Haris berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sejak bila kejadian itu berlaku.

Katanya, suspek sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 12:27 PM