Nurul Hidayah Bahaudin


SEORANG lagi penumpang bas pekerja yang menjunam ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASKargo, Sepang, malam tadi, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, kematian penumpang wanita warga Indonesia itu menjadikan keseluruhan mangsa yang maut seramai 11 orang.

“Daripada 11 individu yang meninggal dunia, lapan adalah lelaki, manakala tiga lagi wanita. Lima daripada mangsa adalah lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Nepal, tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu bas terbabit.

KEADAAN bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Aizuddin Saad
KEADAAN bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Aizuddin Saad

“Seramai 44 individu terbabit dalam kemalangan ini iaitu 12 warga Bangladesh, Nepal (14), Indonesia (14), Malaysia (2) dan seorang lagi mangsa belum dapat dikenal pasti identiti.

“Daripada jumlah itu, 32 mangsa adalah lelaki, manakala selebihnya adalah wanita,” katanya ketika dihubungi di Sepang, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan bas pekerja menjunam ke dalam longkang di lokasi terbabit, 11.10 malam tadi.

Berita berkaitan:

  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 9:47 AM