“SEMENTARA masih bujang ini, saya mahu banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan cuba membahagikan masa,” kata Zizan.
“SEMENTARA masih bujang ini, saya mahu banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan cuba membahagikan masa,” kata Zizan.
Syanty Octavia Amry


ZIZAN Razak kini mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga selepas begitu lama sibuk dengan kerjaya seni.

Zizan, 35, berkata, sebelum ini dia terlampau sibuk sehingga masa untuk bersama keluarga terutama ibunya, Anai Ibrahim sangat terhad.

“Selama ini jadual saya terlalu padat dengan kerja. Ibu yang duduk serumah dengan saya pun susah hendak jumpa. Bayangkan dalam seminggu hanya sekali-sekala kami bertemu. Jika ada perkara penting ibu akan telefon dapatlah kami bersua muka,” katanya.

Zizan berkata, sekarang sudah tiba masa untuk dia menghabiskan masa bersama keluarga.

“Sementara masih bujang ini, saya mahu banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan cuba membahagikan masa. Pada usia sekarang juga saya perlu menitikberatkan kesihatan diri.

ZIZAN tegaskan dia tidak terganggu dengan hubungan rapat antara Mira dan Remy.
ZIZAN tegaskan dia tidak terganggu dengan hubungan rapat antara Mira dan Remy.

“Syukur rezeki mencurah-curah yang diterima saat ini menyedarkan saya supaya jangan terlalu leka dan sentiasa ingat akan keluarga,” katanya ketika ditemui pada tayangan media supertele berjudul Saya Jual Ye Bang, baru-baru ini.

Supertele berkenaan adalah gandingan pertama kali Zizan dengan Uqasha Senrose. Ia turut dibintangi Nadiyah Sahab, Datuk AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray Era dan Raianna.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Mira Filzah, Zizan berkata, mereka masih baik dan hanya rapat sebagai kawan artis.

Malah, keakraban Mira dan Remy Ishak juga tidak menggugat persahabatan mereka.

“Kami tidak ada hubungan istimewa. Kami sekadar kawan sesama artis seperti saya berkawan dengan artis wanita yang lain. Jadi, tidak timbul soal saya terganggu dengan hubungan rapat antara Mira dan Remy. Sebaik-baiknya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan mereka berdua tanya saja pada Mira sendiri,” katanya.

Zizan berkata, dia tahu orang akan terus bertanya mengenai hubungan mereka. Namun, seperti sebelum ini, dia lebih selesa menganggap Mira hanya sekadar teman biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 6:00 AM