ABU Khaleef (kanan) bersama  tiga pelancong Jerman yang memeluk Islam di Masjid Ar Rahman, Pulau Perhentian, Besut. FOTO Mohammad Ishak
ABU Khaleef (kanan) bersama tiga pelancong Jerman yang memeluk Islam di Masjid Ar Rahman, Pulau Perhentian, Besut. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


TUJUAN asalnya datang bercuti di Pulau Perhentian, Besut, namun siapa sangka ia menjadi pembuka hidayah buat tiga pelancong dari Jerman untuk memeluk Islam pada Jumaat lalu.

Bermula dengan hajat menumpang tandas di Masjid Ar Rahman di pulau itu, tiga sahabat dikenali sebagai Mark, 22, Elyas, 26, dan Tovel, 29, memeluk Islam selepas mengakui jatuh cinta dengan agama berkenaan dan kesantunan umat Islam khususnya di pulau berkenaan.

Pendakwah Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan berkata, tiga lelaki Jerman itu menyatakan hasrat dan minat untuk memeluk Islam selepas beliau bersama beberapa lagi ahli jemaah dakwah menyantuni mereka di masjid berkenaan.

Katanya, pada mulanya tiga lelaki itu meminta izin mahu menumpang tandas masjid, namun mereka mendekati warga asing terbabit sambil diajak berbual-bual dengan menikmati minum petang selepas dilihat agak malu.

“Sepanjang perbualan itu, kami rancak berkongsi mengenai perkembangan Islam sehinggalah hampir waktu Maghrib. Kami mengajak mereka masuk ke masjid untuk melihat jemaah solat dan mendengar ceramah.

“Mereka teruja mendengar ceramah disampaikan pendakwah, Dr Maulana Helmi dan saya membantu mereka memahami butiran ceramah dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.

"Tidak sangka pula selepas itu mereka menyatakan minat untuk memeluk Islam dan akhirnya mereka mengambil wuduk dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan saya dan jemaah lain di masjid itu,” katanya kepada NSTP.

TIGA pelancong Jerman mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian. FOTO Mohammad Ishak
TIGA pelancong Jerman mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian. FOTO Mohammad Ishak

Menurutnya, beliau turut mengajar jejaka Jerman itu cara mengambil wuduk dan mereka menikmati makan malam dalam talam bersama jemaah lain selepas solat Isyak.

Katany, tiga pelancong itu masih tinggal di Pulau Perhentian dan mereka turut berkesempatan menunaikan solat Aidiladha serta melihat sendiri ibadah korban yang dilakukan penduduk pulau berkenaan.

Kisah tiga pelancong Jerman yang bercuti di pulau itu memeluk Islam mendapat perhatian apabila ia tular di laman sosial sejak seminggu lalu.

Abu Khaleef berkata, beliau gembira kerana rombongan dakwah dipimpinnya yang disertai 300 jemaah yang datang ke pulau itu sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah di seluruh negara akhirnya menarik minat bukan Islam memeluk Islam.

Rombongan dakwah Abu Khaleef ke pulau itu turut disertai individu ternama termasuk usahawan dan artis tempatan seperti Dr Sam Rasputin, Radhi OAG, Jojoe One Nation Emcees, Sabhi Saddi dan Farid Wari.

Katanya,

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 7:30 PM