ANGGOTA polis parah selepas dirempuh lori ketika menjalankan pemeriksaan.
ANGGOTA polis parah selepas dirempuh lori ketika menjalankan pemeriksaan.
Wartawan NSTP

TIGA anggota polis trafik cedera termasuk dua parah selepas dirempuh treler ketika melakukan pemeriksaan terhadap kereta di Kilometer 223.1 Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Changkat Jering, hari ini.

Kemalangan 8.30 pagi tadi turut mengorbankan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering berikutan lorong kiri masih terhalang.

Pihak polis trafik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 11:20 AM