TAQIYUDDIN (kanan) dan Rosli beraksi pada acara ganda putera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
TAQIYUDDIN (kanan) dan Rosli beraksi pada acara ganda putera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Jugjet Singh


MALAYSIA memenangi acara silat ganda putera di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila menundukkan juara dunia, Indonesia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Ia adalah pingat pertama negara dalam sukan terbabit di Sukan SEA.

Pesilat negara Taqiyuddin Hamid dan Rosli Sharif yang turun ke gelanggang sebagai peserta pertama melakukan catatan 582 mata yang juga mata tertinggi pernah diberikan dalam acara Ganda Putera.

Juara dunia dari Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil yang masuk ke gelanggang sebagai peserta keenam hanya mampu meraih 554 mata.

Di Kejohanan Dunia, mereka mencatat 577 mata untuk mengatasi Malaysia bagi merangkul emas.

Pesilat Singapura Haziq Zainal dan Nuajid Hafif merangkul gangsa dengan catatan 544 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 2:26 PM