Laporan Harian Metro semalam.
Laporan Harian Metro semalam.
Yusmizal Dolah Aling

"KITA mohon berbincang cara elok, tidak dilayan jadi kita ke sana untuk menemani pengadu ambil balik kereta.

"Saya ke sana untuk menemani pengadu mendapatkan semula kereta mereka yang disimpan syarikat itu. Itu saja saya mampu buat untuk membela mangsa kerana kita tiada kuasa," kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

Pada sidang media pertama selepas isu penipuan syarikat pajakan kereta kelmarin, aktivis berkenaan yakin tindakannya betul selain merujuk kepada pihak berwajib dan peguam terlebih dulu.

Katanya, dia membuat laporan sebelum dan selepas ke premis penyimpanan kereta itu Isnin lalu tanpa sebarang tujuan melakukan provokasi.

"Kita tak bawa apa-apa senjata, alat pemotong pun pinjam kedai sebelah. Saya pun tahu, sebab itu kita rakam apa yang berlaku. Belum pernah orang menceroboh bawa kamera dan buat liputan. Rekod semua perbualan dan rujuk dulu kepada peguam." katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan peguam Datuk Hishamuddin Hashim, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 6:36 PM