SUMAREH sudah lima tahun berada di Malaysia. FOTO Luqman Hakim Zubir
SUMAREH sudah lima tahun berada di Malaysia. FOTO Luqman Hakim Zubir
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Hajat awang import untuk bergelar pemain Harimau Malaya menerusi kaedah naturalisasi tidak kesampaian apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap dengan pendirian hanya membenarkan pemain berdarah kacukan boleh membintangi pasukan kebangsaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak tempatan itu, FAM hanya menerima pemain yang mempunyai darah atau ikatan kekeluargaan dari Malaysia untuk menyarung jersi negara ataupun didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Difahamkan, kenyataan FAM itu merujuk kepada penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh yang dikatakan dalam proses mendapatkan status naturalisasi selepas pemain kelahiran Gambia itu sudah menetap hampir lima tahun di negara ini.

Mengikut undang-undang negara, mana-mana pemain asing yang tinggal sekurang-kurangnya lima tahun di negara ini, pemain itu bermain boleh memohon status naturalisasi yang tidak mempunyai sebarang hubungan susur galur di Malaysia.

“Kita tidak boleh leka dengan keghairahan untuk meningkatkan mutu bola sepak di negara ini dengan memilih pemain naturalisasi yang tiada hubungan susur galur dengan negara kerana ini akan mengehadkan peluang untuk pemain muda negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 7:49 AM