SERIBU orang terdiri pelajar tahfiz, asnaf, mualaf dan penduduk setempat hadir membaca al-Quran pada majlis Kelantan #QuranHour di Dataran Taman Tengku Anis, Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
SERIBU orang terdiri pelajar tahfiz, asnaf, mualaf dan penduduk setempat hadir membaca al-Quran pada majlis Kelantan #QuranHour di Dataran Taman Tengku Anis, Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
FOTO Fathil Asri
FOTO Fathil Asri
Hazira Ahmad Zaidi


LEBIH 1,000 umat Islam di seluruh Kelantan memenuhi pekarangan Dataran Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu, untuk menyertai program Kelantan #QuranHour, hari ini.

Program bermula pada 8.30 pagi.

Ia dimulakan dengan bacaan kitab suci al-Quran selama 15 minit yang diketuai pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai Ahmad Arif Haniff Johari, 15.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, program yang julung kali diadakan di peringkat negeri mendapat sambutan kerana pada peringkat awal pihaknya hanya mesasarkan kehadiran 500 orang sahaja.

"Program ini anjuran Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK).

"Tujuan utama program untuk menggalakkan umat Islam lebih mengenali dan mendekati al- Quran.

"Dengan ini kita boleh melahirkan umat Islam yang baik dan ia akan diterjemahkan dalam akhlaknya.

“Ini akan membuka mata orang bukan Islam bahawa Islam agama yang indah," katanya selepas merasmikan Kelantan #QuranHour, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 1:04 PM