PENGUNJUNG menerima pek makanan yang diberikan secara percuma oleh BABA’S.
PENGUNJUNG menerima pek makanan yang diberikan secara percuma oleh BABA’S.

Raya kan sebulan! Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk beraya bersama BABA'S di Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S di Tapak Parkir Presint 3, Putrajaya.

Bermula seawal 9 pagi, istimewanya di lokasi KJH kedua tahun ini, KJH Edisi Raya BABA'S yang dibawakan khas oleh BABA'S, produk rempah-ratus terbesar di Malaysia, sebanyak 12,000 pek nasi kari ayam percuma diedarkan sepanjang tiga hari karnival bermula semalam hingga esok.

Bukan itu saja, KJH Edisi Raya BABA'S ini juga menyediakan pelbagai aktiviti bersama pengunjung antaranya demo masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah misteri serta aktiviti info halal bersama BABA'S bagi menghargai pengguna setianya.

Pengunjung juga boleh beraya bersama artis kegemaran sambil berhibur dalam pertandingan khas di bulan Syawal ini.

Antara artis turut memeriahkan KJH Edisi Raya BABA'S kali ini termasuklah Ezzanie Jasny, Azah Aziz, Muaz Zabir, Raden Zaharatul, Puteri Khareeza, Arena Wan, Adam Shahz, Aqmal Ramdan, Lan Solo dan Kumpulan Suara.

Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama hos Nasi Lemak Kopi O iaitu Erra Fazira, Fakhrul Radhi, Fizo Omar, Barr Zaizan dan Affizza Azmi.

Studio Tonton Drama Sangat juga menyediakan pertandingan menarik seperti pertandingan mewarna, baju raya macam dulu-dulu untuk si cilik, karaoke raya dan makan ketupat paling banyak.

Pertandingan seperti 'Buletin Challenge' bersama penyampai berita TV3 dan TV9 iaitu Asri Badrun, Intan Syazwina, Farah Nabilah Wazer dan Asrulnizam Kadir juga turut dianjurkan.

Selain itu, ada juga pelbagai aktiviti menarik di reruai jenama popular di bawah Media Prima Berhad seperti Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press, (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), dan Kedai Jom Heboh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 7:02 AM