GAMBAR menunjukkan si ibu cuba melindungi dirinya ketika dipukul anaknya (dalam bulatan). FOTO Agensi
GAMBAR menunjukkan si ibu cuba melindungi dirinya ketika dipukul anaknya (dalam bulatan). FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Seorang remaja bertindak kejam apabila memukul ibunya di sebuah kedai cermin mata kerana cermin mata yang dibelikan untuknya terlalu murah.

Kejadian berlaku di Yongjia, Wenzhou di wilayah Zhejiang, tenggara China dan dirakam kamera pengawasan yang kemudian dimuat naik ke Internet.

Video yang tular di media sosial China itu menunjukkan pekerja kedai terpaksa campur tangan ketika remaja itu memukul ibunya bertalu-talu.

Video itu bermula dengan remaja itu dilihat asyik menggunakan telefon bimbitnya sementara ibunya menerima wang baki daripada juruwang.

Wanita itu kemudian dilihat menyerahkan wang berkenaan kepada anaknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 5:16 AM