Dorsett Grand Subang dan Dorsett Putrajaya

SEJAK sebulan lalu, briged kulinari Dorsett Grand Subang dan Dorsett Putrajaya bekerja keras untuk memastikan dapat menyediakan sajian berbuka yang enak untuk rakyat Malaysia dan pengunjungnya sambil menyaksikan matahari terbenam.

Berbuka puasa bertemakan Semarak Ramadan di Dorsett Subang, pengunjung dapat merasai pelbagai sajian dari seluruh Malaysia termasuk masakan yang dimasak secara langsung dan hanya boleh dinikmati setahun sekali.

Sebaik matahari mula terbenam, pengunjung sudah boleh menjangka apa yang ada dalam pinggan mereka memandangkan terdapat lebih 100 sajian disediakan setiap hari termasuk sajian istimewa dari negeri.

Antara sajiam istimewa negeri termasuklah briyani gam Johor, dalca sayur dan mangga muda Penang, potong goreng berlada Negeri Sembilan, gulai tempoyak patin Pahang, sotong sumbat Terengganu, gulai kawah Kelantan, rendang Tok Perak, ikan bakar Kuala Perlis, tetel asam pedas Melaka, gulai lemak pisang muda Selangor’, laksa Sarawak’, sup campur Kedah dan spageti makanan laut Sabah.


Tidak dilupakan pastinya sajian istimewanya, sup tulang gear box dan daging golek.

Harga berbuka puasa di Dorsett Subang adalah RM165 (dewasa) di Terazza Brasserie dan RM155 nett (dewasa) di bilik Melati Room.

Hotel ini turut menyediakan, Pakej Kareem sempena Ramadan iaitu pakej bilik termasuk sahur dan berbuka puasa untuk dua orang dari RM370 untuk satu bilik bagi satu malam. Early-bird promo dilanjutkan sehingga Ahad, 12 May 2019 dengan harga dari RM 99.90 sahaja. Tempahan boleh dibuat dari sekarang hingga 2 Jun. Tempoh penginapan 8 Mei hingga 2 Jun.

Maklumat lanjut dan tempahan sila emel ke [email protected] atau hubungi 03 50316060.


Sementara itu, di Dorsett Putrajaya, lebih 300 sajian disediakan setiap malam sepanjang Ramadan ini di restoran Citra Rasa.

Dengan berlatar belakangkan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terkenal dengan gelaran masjid besi, akan menjadikan pengalaman berbuka puasa yang menarik.

Antara sajian istimewa termasuklah kari ikan, laksam kelantan, nasi kerabu, nasi lemak delima dengan sambal hijau, lempeng pisang, sup gear box, bubur lambuk istimewa dan banyak lagi termasuk warung apam balik viral.

Harga untuk bufet Ramadan ini adalah RM138 untuk dewasa.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi 0 3 8892 8388 atau emel ke [email protected]


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 12:24 AM