Summit Hotel

SELAIN berbuka puasa di rumah, kebanyakan warga kota juga gemar memilih untuk menikmati iftar di luar kerana mudah memilih tempat yang menghidangkan bufet pada harga berpatutan buat seisi keluarga.

Antara lokasi yang boleh dituju oleh pengunjung ialah Summit Hotel KL City Centre yang menyajikan masakan kampung bertemakan 'Selera Kampung Citarasa Perak' sambil dihiburkan oleh alunan pelbagai pilihan lagu ghazal Melayu.

Keistimewaan lain, tetamu juga boleh menikmati suasana di dalam bazar kerana terdapat lapan gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadan kegemaran ramai seperti Kambing Golek Pasir Salak, Lempeng Tradisi Tok Anjang, Popia Basah Ipoh, Rendang Tok Perak, Murtabak Teluk Anson, Laksa Sarang Bota, Youg Taufu Ulu Kinta dan ABC Tanjung Malim.


Selain itu, lebih 100 menu hidangan lazat hasil air tangan chef berpengalaman hotel itu turut disediakan antaranya, Nasi Kabsah, Ayam Bakar Percik Sumbat Pucuk Ubi, Udang Masak Kelio, Kambing Kerutub, Daging Dendeng, Kari Kepala Ikan Batu Gajah, Gulai Nenas Ikan Masin Pangkor dan Masak Lemak Gulai Pisang Parit.

Penggemar manisan pula harus mencuba pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Bubur Keladi Kak Limah, Bubur Kacang Hijau, Kasidah, Cakar Ayam, Kuih Bangkit, Bahulu dan sebagainya.

Tidak lupa pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-Ulam Melayu, Telur Asin, Acar Rampai dan Acar Buah.


Bermula Summit Hotel KL City Center menawarkan baucer pembelian awal atau 'early bird' pada harga diskaun RM50 untuk dewasa dan RM38 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun sehingga 8 Mei ini sahaja.

Selepas tarikh itu, bufet Ramadan berharga RM68 dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-26148000 atau emel kepada [email protected].


Menerusi pimpinan Chef Sakya yang berpengalaman selama 26 tahun dalam bidang masakan, beliau dan kumpulan kulinari Summit Hotel Subang USJ akan mempamerkan kepakaran menyediakan 200 jenis sajian bufet iftar.

Bertemakan 'Citarasa Nostalgia', bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019.

Antara sajian tradisional Melayu asli yang wajib dicuba oleh tetamu ialah kambing panggang, kentang bakar keju bersama krim susu asli, sate Raja Alang, briyani kasih bonda, sup gear box, mi jawa, asam laksa, bertih jagung madu, yong tau fu, aneka jenis kerabu dan sambal serta pelbagai juadah pencuci mulut yang pasti menepati selera semua.


Hidangan popular ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada masyarakat kota yang menggemari masakan tradisional sekali gus menggamit memori dan kenangan berbuka puasa di desa.

Tidak ketinggalan, hidangan bufet ini turut menyediakan roti kirai, murtabak di samping masakan panas bergoreng yang mengetengahkan rasa resipi tradisional dan antarabangsa.


Bufet Ramadan ini berharga RM88 untuk dewasa manakala RM40 buat kanak-kanak.

Selain itu, promosi terhad berharga RM55 sahaja juga di ditawarkan pada tiga hari terawal (6-8 Mei) dan tiga hari terakhir (31 Mei-2 Jun).


Summit Hotel Subang USJ turut menawarkan promosi harga bilik istimewa pada kadar RM188 termasuk sahur di sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebarang tempahan berkumpulan dan majlis persendirian di sepanjang bulan Ramadan dengan kadar minimum 50 orang ke atas turut diterima pihak hotel.

Untuk tempahan sila hubungi Summit Hotel Subang USJ di talian 03-8023 3000 sambungan 3021 atau layari laman sesawang www.summithotelusj.com.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 3:20 PM