Hotel Premiére

ENAK dan menyelerakan, sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan juga rakan taulan. Itu antara keistimewaan sajian berbuka puasa di Hotel Premiére di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Menampilkan konsep Flavors of iftar@Première, pengunjug dihidangkan dengan pelbagai juadah lazat. Menu selera kampung ala bazar nyata dapat memenuhi selera.

Hidangan itu adalah hasil air tangan Cef Eksekutif The Buzz Cafe, Noor Hisham Mohamed Yusoff dan anak buahnya dan yang pasti, setiap resepi menepati cita rasa dan tidak akan menghampakan pengunjung.


Rahsia hidangan yang disajikan ialah rempah ratus segar dan berkualiti untuk membangkitkan aroma serta rasa dalam masakan supaya menambahkan lagi keenakannya.

Antara menu boleh dinikmati, gulai kawah Pak Long, ayam golek madu Lembah Pantai, ikan patin rendang masam dan kambing Ambeler.


Terdapat juga stesen masakan secara langsung seperti kuey teow kerang, laksa Johor, satay Sidek, dim sum, apam balik dan murtabak.

Pemanis mulut pula ada kira-kira 150 jenis manisan, termasuk kuih-muih tradisional yang membuatkan tetamu rambang mata untuk mencubanya.


Bufet buka puasa ini berharga RM118 (dewasa) dan RM95 bagi kanak-kanak serta warga emas. Ia bermula pada 7 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 7 petang hingga 10 malam.

Untuk tempahan, hubungi 03-33256828 / 03-33256879 atau emel butiran ke [email protected] dan Whatsapp di 012-44962585.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 11:42 PM