Petinju Malaysia, Adli Hafidz Mohd Pauzi (kiri) ketika bertarung dengan petinju Singapura, Muhammad Dinie Hakeem untuk layak ke pusingan akhir Light Heavy 81 kilogram  di MITEC, hari ini. - Foto MUHD ZAABA ZAKERIA
Petinju Malaysia, Adli Hafidz Mohd Pauzi (kiri) ketika bertarung dengan petinju Singapura, Muhammad Dinie Hakeem untuk layak ke pusingan akhir Light Heavy 81 kilogram di MITEC, hari ini. - Foto MUHD ZAABA ZAKERIA
Fardy Bungga


SEORANG lagi petinju negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi, layak ke pusingan akhir kategori Light Heavy 81 kilogram selepas menewaskan petinju Singapura, Muhammad Dinie Hakeem.

Baru kali pertama menyertai Sukan SEA, namun Adli tidak gugup menunjukkan aksi cemerlang menundukkan lawan lebih berpengalaman.

Adli yang bermula garang sebaik pusingan pertama berkata, dia berjaya mengawal rentak sehingga menyukarkan Muhammad Dinie melakukan serangan.

“Saya pernah bertarung dengan Muhammad Dinie namun persembahannya hari ini, ada sedikit perbezaan terutama gerakan kaki lebih cepat sehingga saya terkena beberapa tumbukan tepat.

“Namun, setiap serangan saya balas dengan dua hingga tiga tumbukan bertalu-talu untuk mendapat mata,” katanya.

Seorang lagi petinju Malaysia, Muhamad Fuad Mohd Redzuan, juga layak ke final kategori light fly 49 kilogram.

Jurulatih negara Azmi Yunos berkata, dua petinju negara yang layak ke pusingan akhir berpeluang memenangi pingat emas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 7:24 PM