Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019.
Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur : "Simpan sini buat kenangan. Tak ada rezeki Soraya nak dapat adik lagi," kata pelakon dan pengacara Ain Edruce ketika berkongsi dirinya mengalami keguguran ketika hamil anak keduanya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Ain juga berkongsi detik ketika dia memberitahu berita kehamilannya itu kepada suami, Amirul Hafiz dan ahli keluarganya.

Menurut Ain, dia mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

" Betullah orang cakap sakit gugur (keguguran) itu lagi sakit dari bersalin. Waktu ni aku pendarahan 'non stop' (tidak berhenti) Dari rumah sampai ke 'emergency' (bahagian kecemasan hospital). Tak pernah aku rasa sakit macam ini dalam hidup.

"Ubat 'Painkiller' (penahan sakit) paling kuat pun tak dapat 'fight' (melawan) betapa sakitnya aku masa ni,"tulisnya.

Dalam perkongsiannya lagi, Ain turut meluahkan perasaan sebak apabila mengenang reaksi anak sulungnya, Soraya yang sangat teruja untuk mendapat adik.

"Soraya paling 'happy' (gembira). Asyik cium perut aku sebelum ini. Namun, selepas keguguran, aku beritahu Soraya, 'no more baby adik', (bayi adik sudah tiada) kami berdua turut sama menangis,"tulisnya.

Ain berkata, itulah sambutan Aidilfitri yang paling sukar untuk dilupakannya.

"Soraya cakap kat aku, "It's okay later Allah give new baby adik" (tidak mengapa nanti Allah akan beri adik baru)," tulisnya lagi.

Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 1:09 PM