MK belum bersedia untuk berkongsi berita gembira. FOTO Eizairi Shamsudin
MK belum bersedia untuk berkongsi berita gembira. FOTO Eizairi Shamsudin
Norhayati Nordin

Petaling Jaya: Pelakon dan anggota kumpulan K-Clique, MK belum bersedia untuk berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 27, yang didakwa hamil oleh netizen di media sosial.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, berkata, dia perlukan masa dan berjanji akan mengumumkannya apabila sampai waktu yang sesuai dan tepat.

"Macam-macam netizen cakap dan nampak (baby bump), tapi saya tak salahkan mereka (netizen) pun kerana apa yang penting kami didoakan yang baik-baik dan saya memang harapkan doa-doa itu.

"Cuma, saya akan kongsi apabila tiba masa yang sesuai dan selepas dapat persetujuan dengan dia (isteri), Insya-Allah. Tapi, kalau  hendak cakap sekarang, saya memang belum bersedia lagi," katanya kepada Harian Metro.

Menurut MK, dia dan isterinya lebih memilih berbincang dulu dan membuat keputusan secara bersama sekiranya ingin berkongsi sesuatu perkara itu selepas meneliti kesan dan akibat yang akan dihadapi nanti.

"Saya pilih cara ini (berdiam) kerana terlalu peribadi (mengenai anak). Saya pun macam orang lain juga, perlukan sedikit privasi dan apabila sudah tiba masanya yang sesuai itu, pasti kita akan kongsi.

"Nak cuba sorok, saya tidaklah sorok sebab macam mana nak disorokkan. Tapi, saya mohon masa dan terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk kami," katanya.

MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri pada 15 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta. Pasangan ini bagaimanapun begitu menjadi perhatian netizen di media sosial dengan video dihasilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 10:46 PM