MK bernikah dengan pasangannya Siti Hajaar pagi ini. FOTO Aswadi Alias
MK bernikah dengan pasangannya Siti Hajaar pagi ini. FOTO Aswadi Alias
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: "Assalamualaikum sayang," itu ucapan salam pertama terpacul dari mulut anggota kumpulan K-Clique, MK, 27, kepada isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, selepas sah bernikah jam 9.35 pagi ini.

Menjalin cinta selama lebih empat tahun, pasangan itu cuma mengambil tempoh dua minggu untuk melangsungkan majlis bahagia mereka yang diadakan di Masjid Jami'il Huda, Kampung Melayu Ampang.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata tiada apa lagi perlu ditunggu demi menghalalkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Akan sampai satu tahap, kita akan sedar mana kewajipan-kewajipan yang sepatutnya dibuat. Daripada segi agama, hal ini tak bolehlah dilamakan takut menimbulkan perkara lain tak diinginkan.

"Kami sama-sama ada keluarga dan ibu bapa masih ada. Jadi kami mahu merealisasikan impian mereka untuk melihat semua anak mereka ke jenjang pelamin, mendirikan masjid," katanya.

MK juga mengakui hubungan mereka dalam tempoh beberapa tahun itu tidak berjaya dihidu sangat kerana masing-masing memang cuba menjaga hubungan sebaiknya.

"Bukan rahsiakan, cuma tak tunjuk. Sebab selagi belum ada ikatan sah seperti sekarang, orang sudah tahu. Jadi maksudnya tiada apa-apa halangan sudah," katanya.

Berkongsi apa yang membuatkan dia tertarik dengan Siti Hajaar, MK sangat bersyukur isterinya itu banyak mengajar dirinya perbaiki diri.

"Dia banyak ajar saya perihal kehidupan contohnya percakapan, adab, teguran. Dalam ramai-ramai orang, dia antara yang menegur pasal menjaga aspek-aspek dalam dunia hiburan.

"Dia menjaga penampilan saya luar dan dalam. Jadi, alhamdulillah," katanya.

Pasangan itu mula berkenalan menerusi media sosial beberapa tahun lalu. Pada 7 Mei lalu, majlis merisik dan bertunang mereka diadakan secara tertutup.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 4:19 PM