MK
MK
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Walaupun kerap diulit kontroversi, penyanyi rap popular, MK K-Clique tidak menghalang untuk dia bergerak aktif dalam bidang lakonan pula.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, bersyukur walaupun terpalit dengan cerita panas dia didakwa tidak memberikan kerjasama terhadap promosi filem lakonannya, Marabahaya Underground tetapi masih banyak yang memberikan kepercayaan terhadapnya.

"Bagi saya, perkara itu tidak mencalarkan atau merosakkan imej saya. Rezeki masing-masing sudah ditetapkan. Untuk isu itu, setiap orang yang bertanya pada saya, tahu akan situasi sebenarnya. Jadi, ia tidak memberikan reputasi buruk kepada saya. Saya juga percaya kepada rezeki Allah SWT," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, penerbit filem Marabahaya Underground, Suhaimi Selamat meluahkan rasa terkilan terhadap sikap MK yang tidak memberikan kerjasama mempromosikan filem itu.

Malah, MK turut mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung isu berkenaan.

MK bagaimana pun sudah memohon maaf di kumpulan Whatsapp filem berkenaan. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 5:30 PM